Blog HS kini dah bertukar wajah.. Objektif penulisan pun dah bertukar.. Bosan dengan penulisan cerita merepek dan takde hala tuju.. Blog ini akan lebih kepada unsur dakwah dan menyampaikan peringatan dari Allah dan Rasulullah sebagai panduan untuk kite berkongsi bersama..
Pernah tak terfikir apa yang kita nak jawab bila Allah SWT tanya pasal blog kita? Adakah kita sampaikan apa yang telah Dia amanahkan? Atau kita hanya bersuka-suka dan bersia-sia? Inilah sebab utama saya delete semua post-post lama dan mengubah objektif blog ini..
Sekarang saya bermula dari kosong.. Sama macam orang baru buat blog.. Dan masih belajar untuk buat blog dakwah.. Kalau salah, minta tolong beri tunjuk ajar..
(Surah Al-Kahfi : 103-106)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? [103]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". [104]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. [105]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. [106]
